Loading...
Monday 10 February 2014

The Real Test For All












Sehari lagi genap seminggu Gary hilang. Weekend tu Sarah ajak pergi mencari Gary. Ada juga bercadang nak ambil kucing lain sebagai pengganti tapi mama tak mahu. Katanya tiada yang sama seperti Gary. Ia seperti terlalu cerdik untuk seekor kucing. "Macam orang Gary tu kan?". Kalau nak ambil juga mama kata kena tunggu lama sikit, itupun kalau terbuka hati nak bela kucing lain.

Door bell berbunyi, ada orang di datang di gate depan. Sarah keluar nak tengok siapa yang datang. "Eh! Gary!!" Sarah memeluk dan mencium-cium Gary. 2 orang adik beradik datang menghantar Gary. "Dia dah banyak kali datang rumah saya. Ari tu malam saya ada hantar dia ke sini 2 kali tapi lepas tu dia datang balik". Aku tak nak fikir panjang, aku bagi sedikit upah kepada budak tu kerana memulangkan Gary. Mama yang baru turun pun nampak gembira dan mengusap-usap kepala Gary.

Gary mungkin tertarik kepada kucing betina yang ada berhampiran rumah budak tu. Hiingga dia "lupa" nak balik rumah. Kami tak kisah dan bersyukur sebab dapat Gary semula. 

Dua hari Gary di rumah, dia banyak tidur. Perutnya juga kempis dan dia macam tak lalu makan. Makanan yang dimakan hanyalah makanan lembut di dalam tin, kibbles / biskut langsung tidak disentuh. Gary juga tak mahu diduduk di rumah. Pantang pintu terbuka dia akan keluar dan pergi ke rumah jiran selang sebuah rumah dari rumah kami, tempat yang dia langsung tak biasa pergi. Di sana, Gary baring di lantai dengan muka lesu. Sarah terpaksa meminta jiran itu mengambil Gary beberapa kali. Itulah sifat kucing, dia tak mahu kita lihat dia dalam keadaan sedang sakit.

Sewaktu mendukung Gary, terasa bahang badannya lebih dari biasa. Rasanya Gary demam so kami bawa dia ke Vet sekali lagi. Suhu badannya semasa diperiksa ialah 40.8 C. Dia diserang demam panas sekali lagi. Doktor beri suntikan dan juga antibiotik.

Beberapa hari di rumah walaupun setelah diberi antibiotik, keadaan Gary tidak berubah malah bertambah teruk. Gary langsung tak mahu makan walaupun disuap. Makanan bertin yang biasanya dilahap pulak buat dia muntah serta-merta sebaik sahaja tin dibuka dan bau makanan yang kuat itu dihidu.

Ini satu lagi ujian untuk kami. Aku concern dengan keadaan Gary yang sangat kurus dan lemah. Walaupun demamnya dah baik, selera makannya seperti langsung tak ada. Beberapa kali selepas diberi antibiotik, dia muntah, mengeluarkan semula pil antibiotik dan juga jus gastrik berwarna kuning. (aku baca mengenai gastrik pada kucing di Internet). Nampaknya kami terpaksa berjumpa vet sekali lagi

0 comments:

Post a Comment

Komen le...

 
TOP