Loading...
Tuesday 18 February 2014

Kehilangan 2 - We Only Appreciate When We Lose It













Pulang dari kerja hari itu aku terus tanya Sarah ada tak Gary balik. Dia mula menangis sambil menggelengkan kepala. Malamnya kami (Aku, mama, Sarah dan Adam) mencari Gary di sekeliling taman perumahan dengan menaiki kereta. Sampai dilorong kami berhenti, Sarah, Mama dan Adam memanggil, "Gary! Gary!". Setelah hampir sejam mencari, Gary masih gagal ditemui.

"Itulah, masa Gary ada kamu malas jaga dia, tak pedulikan dia", Mama menyindir Sarah. "Mana ada! Sarah selalu jaga dia" makin kuat Sarah meraung. "Takpelah kita doa je Gary balik ke rumah. Mungkin esok lusa ada lah tu" Mama memujuk.

Usaha mencari diteruskan setiap hari. Puas berkereta, kami berjalan kaki bersama-sama mencari. Sebelum tidur aku jenguk di luar tingkap ke arah taman permainan, tempat Gary selalu bermain. Kadang-kadang terdengar bunyi loceng Gary, aku bergegas ke luar rumah untuk melihat. Hampa! Perasaan sama dirasai juga oleh Sarah, Adam dan Mama.

Aku rasa bersalah kerana melepaskan Gary malam Selasa tu. Sarah termenung setiap hari memikirkan Gary. Dia membelek handphone sambil melihat gambar-gambar Gary. Setiap kali melihat gambar Gary air mata Sarah gugur. Kadang-kadang dia tertidur sambil menangis. Kesian!

Sudah 5 hari Gary tak balik. Aku macam sudah berputus asa, "mungkin dia dah mati atau diambil orang". Itu saja yang bermain-main dalam kepala aku. Hampir semua orang yang aku jumpa, aku tanya ada tak nampak Gary. "Oooh kucing putih ekor kembang yang susah nak tangkap tu?", tanya seorang budak. Memang Gary manja tapi tak suka dipegang. Bila dia nak bermanja dengan kita, dia yang datang mencari kita, menggesel kepala atau duduk diriba.

Mama cakap dia ada temimpikan Gary bermain-main di kawasan rumah kedai dalam taman perumahan kami. Esoknya selepas kerja kami terus ke situ untuk mencari.

"Papa, Gary!" kata Mama dengan nada separuh sebak. Aku bergegas keluar dari kereta dan menghampirinya. "Gary, mari!" Gary berjalan perlahan ke arahku. "Gary Pa?" tanya Mama inginkan kepastian. "Bukan! Ini kucing lain" kataku. Mama keluar dari kereta, "Eee macam Gary. Kita ambil lah Pa". "Tak boleh! Ini kucing orang. Tengok tu ada loceng!"

0 comments:

Post a Comment

Komen le...

 
TOP