Loading...
Saturday 19 September 2015

Nasib Mangsa Langgar Lari

Sheba dikutip oleh Adam di padang permainan. Badannnya kurus dan muka yang sedih buat hati Adam cair, tak sampai hati nak tinggalkan di padang.

Sheba (kanan) memang kawan baik Chiko


Sheba kucing yang pendiam, jarang sangat dia mengiau kecuali terlalu lapar. Itupun suaranya taklah sekuat kucing lain. Suara yang serak-serak basah bak Rod Stewart. Tapi Sheba kucing yang agak aktif. Beberapa kali aku nampak Sheba memanjat pokok rendang di hadapan rumah. Kadang-kadang pokok kelapa mawar jiran pun dipanjatnya.

Hari itu ada jiran menjemput datang ke kenduri kahwin anakknya. Dia seorang pesara tentera, anak-anaknya semua dah besar panjang.

Selepas bersiap kami sekeluarga keluar ke rumah jiran itu. Gary, Chiko dan Sheba seperti biasa sedang berehat di bawah porch. Baru beberapa langkah dari pagar rumah, sebuah kereta Satria putih lalu sambil si pemandu liar melihat ke kiri dan kanan, mungkin mencari parking spot yang sesuai. Sepanjang kiri dan kanan jalan sudah penuh dengan kereta. 

Tiba-tiba terdengar kucing mengiau kuat. Bila aku toleh ternampak Sheba sedang menggelupur. Aku menjerit, "Hoi!". Pemandu kereta dengan selamba berlalu pergi. Jelas dia tahu apa yang berlaku sebab aku nampaknya mukanya sedang memandang ke be lakang melaui rear view mirror. Sheba masih menggelupur sambil mengesot ke tepi dan jatuh ke dalam longkang.

Aku suruh Sarah masuk kedalam longkang untuk mengambil Sheba yang sudah terperuk di dalam longkang di depan rumah jiran. Sarah keluar mendukung Sheba yang berdarah di bahagian mulut dan dubur. 

Aku bergegas membawa Sheba ke klinik. Selesai pemeriksaan, doktor kata tiada apa yang boleh dibuat dengan peralatan yang terhad. Dia menasihatkan bawa Sheba ke hospital. Sekali lagi kami diuji. Doktor cuma berikan ubat tahan sakit dan vitamin untuk Sheba.

Sheba dibawa ke mana lagi kalau bukan Hospital Veterinar UPM keesokan harinya.Sekali lagi aku terpaksa ambil emergency leave. Setelah di x-ray, doktor sahkan tulang kaki belakang Sheba patah dan kemungkinan tidak akan pulih. Anggaran kos perubatan, wad dan juga pembedahan untuk merawat tulang kaki sekitar RM1,200.

Aku mula mencongak walaupun dah tahu yang memang takde duit waktu tu. Kami tinggalkan Sheba di hospital. Selang 2 hari aku telefon doktor bertanyakan khabar Sheba.Alhamdulillah dia semakin pulih dan mula makan.

Selepas berbincang dengan doktor aku ambil keputusan bawa Sheba balik kerana tak mahu kos yang kami kena bayar meningkat. Lagipun pembedahan tulang (hanya untuk membuang serpihak tulang yang patah) hanya boleh dibuat selepas Sheba sembuh kerana bimbang dia tak recover kerana ada kecederaan dalaman dan juga umurnya yang masih kecil - lebih kurang 4 bulan.

Hari Khamis kami bawa Sheba pulang selepas membayar kira-kira RM400.00 dan tandatangan borang untuk ambil tanggungjawab penuh sekiranya apa-apa berlaku.

0 comments:

Post a Comment

Komen le...

 
TOP