Loading...
Tuesday 29 September 2015

Pembedahan Tulang Kucing











Sambungan 'Nasib Mangsa Langgar Lari' 

Hampir sebulan jugak Sheba dikurung di dalam sangkar dan makan ubat serta antibiotik. Lukanya dibubuh minyak gamat dan ubat luka yang diberi doktor.Sheba cuma baring most of the time sebab kaki terlalu sakit untuk bangun.

Waktu mula berjalan semula dia berjalan perlahan dan kaki belakang yang cedera nampak bengkok ke dalam sedikit, menyukarkan dia berjalan normal.


Sewaktu rawatan susulan, sekali lagi x-ray diambil untuk melihat keadaan tulang kaki Sheba. Jelas tulang kaki belakangnya patah dan membengkok ke dalam. Juga kelihatan pembentukan bonggol di kawasan patah menandakan tulang sedang terbentuk untuk "menyambung" bahagian itu. Doktor yang merawatnya berjanji untuk membuat appointment dengan pakar tulang di hospital itu dan akan memberitahu tarikh untuk pembedahan membuang serpihan tulang yang patah.

Selepas 2 bulan ada panggilan dari hospital bertanyakan keadaan Sheba. Dia sudah boleh berjalan walaupun sedikit tempang. Dipendekkan cerita, Sheba tak jadi dibedah sebab doktor kata pembedahan cuma untuk buang serpihan tulang. Doktor tak berani mengambil risiko untuk menyambung tulang yang patah lagipun kos nya agak tinggi. 

Sheba akhirnya boleh berlari dan memanjat, tapi rendah je la...

 
Next
This is the most recent post.
Older Post

0 comments:

Post a Comment

Komen le...

 
TOP