Loading...
Sunday 13 September 2015

Kawan bergomol - Ben


Ini Ben, kadang-kadang dipanggil "bendol"

Lepas setahun lebih membela Gary, dia mula buat perangai. Banyak kali dia hilang dari sangkar, keluar dari celah pintu cage sampai badan bercalar-balar. Kalau di dalam rumah dia mengiau kuat memannggil si betina. Dipanjatnya meja belajar Sarah untuk mengintai makwe yang banyak berkeliaran di belakang rumah.

Yang paling buat mama marah bila Gary kencing di atas katil bilik tetamu. Beberapa kali tilam terpaksa dijemur, sembur febreeze tapi Gary tetap kencing di situ. Nampak Gary dah mula nak mencari pasangan, so dia dilepaskan. Daripada seekor kucing indoor Gary kami lepaskan di luar rumah supaya dia bebas berjalan ke mana yang dia suka.

Masalah bila kucing dilepaskan di luar terutama yang jantan, ialah persaingan merebut kawasan dan merebut makwe. Banyak kali Gary balik ke rumah dengan muka teruk dicakar, tengkuk dan kaki berdarah. Biasanya untuk luka-luka aku bubuh minyak gamat je. Duduk la dia di depan rumah sampai lukanya baik. Lepas tu keluar balik!!!!! Setiap kali itu juga badan, kakinya luka di sana-sini. Kesian Gary, muka dah la macam betina tak intimidating langsung bila jantan-jantan perkasa lain tengok. Beberapa kali juga Gary diselamatkan oleh Adam dan Sarah bila terdengar dia bergaduh di hadapan rumah.

Kesan luka di muka selepas dibelasah jantan macho
Oleh kerana tak tahan melihat Gary sering dibelasah aku ambil keputusan untuk mengakasi Gary. Kata doktor apabila dikasi kucing tidak akan merayau dan pancut merata-rata lagi.

Memang benar, Gary sekarang cuma bermain-main dihadapan rumah. Tapi Gary nampak boring. Setiap kali ada binatang melintas di depan rumah tak kiralah kucing, anjing, atau tupai Gary bingkas bangun pergi melihat seolah-olah mencari kawan untuk bergurau-senda. Most of the time dia cuma tidur di atas tembok, dan kadang-kadang di dalam rumah.
(Bosan betul lah...makwe pun takde)

Akhirnya kami mengambil keputusan untuk mencarikan kawan Gary. Chiko seekor kucing betina, diambil dari sebuah restoran semasa kami sedang makan tengahari. Chiko yang pada waktu itu baru berumur lebih kurang 3 bulan kami bawa pulang setelah bertanya dengan tokei restoran samada dia ada tuan atau tidak.

Selang beberapa minggu Adam membawa pulang seekor lagi kucing betina yang asyik mengikut dia sewaktu bermain bola di padang. Badannya yang kurus dan muka yang agak "sedih" membuatkan Adam mengambil risiko dimarahi mama. Mama memang marah, takut kucing-kucing ini terabai dan kebersihannya tak dijaga. Adam dan Sarah sama-sama bersetuju dan sanggup untuk membuat kerja-kerja membersihkan sangkar dan membuang najis mereka.

Chiko (kanan) dan Sheba (kiri) sedang lepak depan rumah


Gary mulanya agak garang dengan kucing-kucing baru ini, tetapi selepas sebulan dikurung, kami lepaskan Chiko dan Sheba di luar. Gary akhirnya menerima makwe baru ini dengan gembira, berkejaran di dalam kawasan rumah sampai pecahlah pasu bunga mama. Tahan je lah telinga bila mama membebel.. hehehheee...

Sebulan kemudian kami terjumpa seekor kucing putih bermata biru yang selalu berkeliaran di sebuah restoran tomyam tempat kami sering makan malam. Mama memang dah tak larat dengan kucing yang banyak, tetapi mama tak kisah kalau ada seekor bermata biru.

Dia mulanya agak garang. Sewaktu aku cuba pegang badannya dia terkejut dan mencakar tangan aku. 2 minggu kemudian, kami nampak lagi kelibat si putih di restoran sama. Kali ini aku umpan dia dengan ikan goreng. Sewaktu dia sedang asyik makan, aku usap kepalanya... dia tak menunjukkan tanda-tanda agresif seperti dulu. Aku suruh Adam pegang dia dan selesai makan malam, seekor lagi kucing, kali ini jantan, kami bawa pulang. Kucing itu kami beri nama Ben, calon sesuai untuk menjadi kawan bergomol Gary.

Ben mukanya masam, tapi paling manja!

Untuk membiasakan diri dan mengajarnya berak dalam litter box, Ben dikurung di dalam sangkar selama seminggu. Selepas itu seperti biasa, kami lepaskan dia untuk berkenalan dengan lebih rapat dengan Gary si kucing VIP dan juga Chiko dan Sheba.

Gary nampak lebih gembira sekarang, Ben menjadi sparring partner yang sangat ideal untuk mengasah bakat Gary berlawan dan mempertahankan diri. Sesekali terdengar Ben menjerit kerana digigit Gary, tak lah sampai cedera, Mereka sentiasa bergomol manja dan berlawan macam seorang abang dengan adiknya.

0 comments:

Post a Comment

Komen le...

 
TOP