Loading...
Monday 3 February 2014

First Vet Visit, Kucing Pun Boleh Demam Kay......

Seriously, aku takde pengalaman menjaga kucing yang demam. Masa kecik aku bela kucing kampung dulu, tak pernah pulak kucing aku demam. Lebih tepat lagi, aku tak tahu pun yang dia demam. Lagipun kucing kampung ada antibodi dan ketahan yang lebih berbanding kucing belaan yang dibeli dari kedai atau yang seangkatan dengannya... (Gary tak dibeli).

Gary tiba-tiba hilang selera makan. Kejap-kejap terdengar dia bersin 4-5 kali berturut-turut. Mula-mula kelakar jugak tangok dia tapi bila tahi matanya mula banyak dan hingusnya menitik, kami jadi kesian dan mula concern tentang kesihatan Gary.

Kami bawa Gary ke Pet Shop berdekatan. Dr masukkan termometer ke dubur Gary untuk mengukur suhu badannya. Gary marah sedikit dan mencakar-cakar nak lari. Confirm! Gary demam panas dan selsema sebab itulah dia tak selera nak makan. Doktor kata sebab setiap kali dia tunduk nak makan, hingusnya akan block hidung dari bernafas. Deria baunya juga terjejas teruk. Doktor membuka setin "prescription diet", Gary makan dengan laju..lapar sangat dia.

Selepas 3 hari keadaan Gary masih sama. Hingusnya masih berjujuran keluar, air mata pun masih banyak meleh. Gary tidur sepanjang hari membuatkan kami tak sedap hati. Esoknya selepas kerja, kami bawa Gary berjumpa Doktor sekali lagi. Kali ini Doktor menambah antibiotik yang lebih kuat dan katanya mungkin lepas seminggu Gary akan sembuh. Doktor juga pesan supaya Gary dipujuk untuk makan, jika dia tak nak, terpaksalah disuap menggunakan syringe. Lepas dia sembuh nanti Doktor suruh diberi suntikan vaksin. Aku mulanya tak mahu Gary disuntik, konon nak bagi dia jadi kuat seperti kucing kampung. Nampaknya kucing seperti Gary memang perlu divaksin jika tidak, penyakit mudah menyerang.


Selepas 10 hari Gary mula sembuh. Dia mula bermain dengan Sarah. Mengendap di tepi pintu dan melompat serta menangkap kaki Sarah bila dia lalu....





0 comments:

Post a Comment

Komen le...

 
TOP