Loading...
Thursday 6 February 2014

Tanda-tanda kucing anda sakit

Sebagai "orang baru" yang membela kucing tak layak rasanya nak bagi tip dan panduan penjagaan kucing. Semua yang dilalui adalah pengalaman pertama sebagai pembela kucing. Belajar dari kesilapan dan kekurangan sendiri!

Tapi perkara paling basic yang kita perlu tahu ialah mengenal tanda-tanda kucing kita sakit supaya dapat memberikan rawatan sepatutnya dengan segera.

1. Bulu gugur
Semasa Gary first time sakit hari tu, bulunya gugur banyak. Selepas dipegang, banyak bulunya melekat di baju, seluar, atas sofa dan juga seat kereta. Ini symptom paling awal ditunjukkan oleh kucing yang sakit. 

2. Sakit mata - banyak tahi mata atau air mata meleleh
Selalunya sakit mata disebabkan demam yang menyerang kucing. Macam manusia juga bila demam, kita mengeluarkan banyak tahi mata kerana suhu badan yang panas.

3. Banyak tidur
Bila sakit, kucing jadi tidak aktif dan banyak menghabiskan masa tidur. Jika biasanya dia bermain-main sendiri, bila sakit, kucing tidak lagi aktif bermain atau begerak.



4. Kurang makan
Selera makan kucing akan berkurangan dengan drastik akibat kesakitan. Seeloknya pilih makanan yang lembut seperti broth (ada jual di kedai) dan "suap" makanan dalam kuantiti kecil sekerap mungkin.

5. Perubahan najis
Najis kucing yang sakit biasanya akan berubah dari keras ke lembut atau cair. Warnanya juga berubah dari yang gelap ke kuning.

0 comments:

Post a Comment

Komen le...

 
TOP