Loading...
Tuesday 4 February 2014

Kehilangan 2 - A Lesson For All



Kisah Gary hilang kali ke 2 ni betul-betul menjadi pengajaran kepada semua ahli keluarga selepas Gary hilang kali pertama dulu.

Sarah dah mula merungut setiap kali disuruh buang najis Gary walaupun masa ambik dulu dia yang beriya-riya sanggup. Bila Sarah tak buat, aku la yang jadi mangsa.. 

Di waktu petang Gary dilepaskan keluar dari sangkar. Mula-mula dia lepak di rumah jiran sebelah dan kemudian merayau entah ke mana. Mungkin keluar mencari kawan. Sebelum senja, Gary sudah ada di rumah, baring di bawah porch. Bila malam kami masukkan dia semula ke dalam sangkar.

Gary tidur di  dalam sangkarnya di luar rumah. Malam tu aku pastikan litter box di bersihkan serta pasirnya diganti. Sebelum aku masuk ke dalam rumah aku jenguk dia. "Lepaskanlah dia. Biarlah dia tidur di luar", kata mama. Aku mula-mula tak setuju tapi kerana kesiankan Gary yang selalu terkurung dan juga tahu sifat penakut Gary selepas digigit dulu, aku lepaskan juga. 

Sebelum masuk ke dalam rumah aku jenguk Gary sekali lagi, teleng kepalanya memandang aku dengan mata bulatnya. Kesian pulak. "Masukkanlah dalam sangkar", kataku. "Takpelah, nanti dia boring, kesian dia", Mama tak setuju. Sekali lagi aku buka pintu dan jenguk dia, kepalanya masih teleng memandang aku. 3 kali aku buka tutup pintu, terasa teragak-agak bimbangkan dia digigit kucing lain nanti. Akhirnya aku tawakkal je...

Keesokan hari sebelum ke ofis aku lihat Gary tiada di luar sangkarnya. Bila dipanggil dia tak datang dan tiada bunyi locengnya kedengaran. Aku fikir positif, tengahari nanti sure dia balik tu....

Aku telefon mama di ofis tengahari tu bertanyakan tentang Gary. Mama kata Sarah tak nampak pun dia sebelum di ke sekolah. Mungkin petang nanti Gary balik.



0 comments:

Post a Comment

Komen le...

 
TOP