Kita skip bab Chiko menggatal, mengiau, menaikkan punggungnya menggoda Gary. Bila umurnya mencecah 9 bulan Chiko sudah sedia untuk mengawan.
Tanpa disedari Chiko dah bunting. Perutnya mula membesar dan makan pun bertambah. Bila tiba hari nak beranak, Chiko tak mahu makan. Dia membuka almari kasut dan masuk ke dalam. Kemudian dia keluar, baring di lantai. Inilah yang orang kata "seperti kucing nak beranak". Memang tak senang duduk.
![]() |
Sarat!! |
Aku masukkan Chiko kedalam kotak beralaskan kain buruk. Adam dan Sarah memeriksa setiap 10 minit, tak sabar menunggu kelahiran kucing-kucing comel.
Selepas 2-3 jam, inilah hasilnya, 2 ekor putih dan 2 ekor hitam berbelang.
![]() |
Feeding time |
Anak-anak Chiko
![]() |
Kori |
![]() |
Beki |
![]() |
Cik Salmah |
0 comments:
Post a Comment
Komen le...
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.