Loading...
Tuesday 15 September 2015

Kita berusaha, Tuhan tentukan












Ini ialah sambungan kepada post A difficult vet visit

Melihat keadaan Gary yang semakin kritikal, kami terpaksa membawa Gary ke Veterinar Hospital UPM. Tapi hospital ini cuma beroperasi dari Isnin hingga Jumaat sahaja jadi weekend tu we just crossed our fingers hoping that Gary tak mati dan badannya kuat untuk melawan jaundice dan virus yang menyerangnya.

Jaundice yang agak teruk
Tanda-tanda jaundice:

  1. Mata, hidung, bahagian dalam telinga dan tapak kaki yang kuning seperti terkena kunyit
  2. Badan panas kerana demam
  3. Bahagian kulit (di bawah bulu) juga kelihatan kuning

Aku call ofis hari Isnin tu dan beritahu hal sebenar, kucing akan mati jika tak dihantar ke hospital segera. Mujurlah boss memahami sebab dia pun ada bela kucing!. Aku ambil emergency leave hari itu.

Kami sampai di Hospital Veterinar UPM seawal 8.30 pagi. Hanya ada 2-3 orang yang sedang menunggu untuk rawatan kucing mereka. Satu perkara yang aku puji ialah hospital ini sangat bersih dan klinik untuk haiwan kesayangan diasingkan daripada anjing. Maknanya kalau membawa anjing untuk rawatan kliniknya di sebelah kanan dan untuk haiwan kecil yang lain seperti kucing, sugar glider dan macam-macam lagi, kliniknya di sebelah kiri.

Setelah diperiksa doktor mengesahkan yang Gary terkena jaundice dan mungkin juga keracunan. Selain daripada ujian darah, tangan Gary dicukur untuk IV line supaya senang memasukkan drip. Doktor kata drip akan mempercepatkan pengeluaran toksin dari badan di samping dapat menyalurkan bendalir dan ubat yang diperlukan oleh Gary untuk sembuh.

Gary terpaksa ditahan di wad sekurang-kurangya seminggu dan kos anggaran ialah sebanyak RM900.00. Walaupun takde duit aku setuju Gary ditinggalkan di sana supaya mendapat rawatan dan penjagaan sewajarnya. Aku terangkan kepada doktor tentang Clavamox dan juga kesannya kepada Gary.

Sebelum balik aku lawat Gary di wad. Mukanya nampak sedih dan takut. "Tinggal ye Gary nanti kami datang lawat Gary lagi".

4 comments:

  1. mak ai mmg mahal tu rm900
    tp disebabkan kucing dah tinggal lama dgn kita, kita rasa bertanggungjwb ke atas dia kan...
    semoga Allah membalas budi baik tuan dia

    ReplyDelete
  2. kesian kucin pun ada jaundis juga ya. get well soon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu tak tahu jugak... sekarang dah tahu la sikit-sikit pasal penyakit kucing

      Delete

Komen le...

 
TOP