Loading...
Saturday 1 February 2014

Kehilangan Bukan Lagu Firman

Gary selalunya duduk dalam sangkar kerana beberapa sebab musabab:-

1. Takut Gary hilang

Suatu hari Gary dilepaskan seperti biasa, lebih kurang pukul 3 petang. Dia bergolek dilantai, bermain tali dan makan rumput di halaman.

Waktu nak keluar shopping semua nak ikut kecuali Gary yang sedang rilek berbaring di lantai. Kami tinggalkan dia. Biasanya bila kami balik, Gary mesti berlari ke kereta ataupun mula mengiau mintak diambil. Selepas jam 6 petang kami sampai ke rumah tapi tiada kelibat Gary atau bunyi dia mengiau.

Sarah mula sedih dan tiba-tiba menangis. "Itulah mama, tak nak masukkan dia dalam sangkar".  Sambil terisak-isak. Mama yang tak suka kucing mula mencari bersama Adam dan Sarah. "Gary! Gary" Jiran yang prihatin bertanya, "Cari anak ke?" (Takkanlah anak aku nama Gary pulak kan?) "Tak lah, cari kucing" Jiran tu pun beritahu ada nampak kucing putih ekor kembang bermain-main dengan kucing oren di depan rumahnya tadi. "Gary! Gary" mama memanggil lagi. "Ngeoww!! Gary muncul entah dari mana. "Mari!" Gary ikut mama.. Sarah tersenyum lebar dan mendukung Gary balik.

Perasan tak something? Mama macam dah mula caring pasal Gary. Mama memang suka lagu "Kehilangan" oleh Firman, siap buat caller ringtone kat handphone. :D

2. Nanti digigit kucing lain atau anjing liar 

Gary pernah digigit di kaki sampai berlubang dan meleleh darahnya. Masa menggeletek perut, dia macam tak selesa dan menderam marah. Ingat Gary takde mood, tapi kenapa dia berjalan terhencut-hencut? Adam perasan sesuatu, "Pa, ada darah kat kaki dia!" Dia macam merengek bila diangkat. Aku ambil minyak gamat dan sapukan pada luka Gary dengan cotton bud. Dia marah sambil menjilat luka.

Mujarab betul minyak gamat ni kan? Selepas 2 hari, luka Gary sembuh dan dia sudah melompat seperti biasa. 

3. Senang nak jaga 

Kalau duduk dalam sangkar takde la kita risau dia memanjat sana sini. Kalau terberak pun senang nak bersihkan. Buatnya dia terberak dalam rumah, susah jugak sebab dah tau siapa yang kena bersihkan... papa la!!!



4. Latah / Curious / Alert

Gary ni macam kucing lain, selalu curious tentang benda baru yang dia tengok. Selipar, tali, plastik kalau lain macam kaler atau bentuknya, Gary akan pergi mengendap.

Kombinasi sifat latah, curious dan alert buat Gary nampak kelakar bila terperanjat.



1 comments:

Komen le...

 
TOP