Loading...
Sunday 26 January 2014

This is how the story starts....

Cerita ini bukan rekaan. Gary Moque ialah nama seekor kucing yang diberi oleh ex baby sitter. Nama asal kucing ini ialah Tommy tapi aku tukar kepada Gary Moque. Gary, sempena nama Gary Moore yang aku minat dan Moque ialah nama manja untuk "gemuk". Gary tak gemuk, sengaja kami panggil begitu dengan harapan ia akan jadi seekor kucing yang sihat dan ceria selalu.


Gary diberi kepada kami sebab tuannya tak boleh jaga dia. Dia pergi melanjutkan pelajaran di menara gading ke peringkat yang lebih tinggi. Kebetulan anak-anak memang sukakan kucing, dah beratus kali diorang mintak dibelikan kucing yang comel. Disebabkan harga yang beribu lemon, aku tangguhkan lepas sebulan ke sebulan ke sebulan. Alih-alih dalam bulan June atau July, 2013, babysitter tu offer Gary siap dengan sangkar, bekas makanan, shampoo dan vitamin! Aku takde alasan lagi, isteri pun setuju jadi kami ambil Gary sebagai "ahli keluarga" terbaru kami.

Untuk beberapa bulan seterusnya ceritanya indah. Walaupun Sarah terpaksa membuang najis Gary setiap hari, dia rela kerana dia memang suka kucing. Tapi selepas itu keadaan mula berubah....
Newer Post
Previous
This is the last post.

2 comments:

Komen le...

 
TOP